Saturday, December 25, 2010

Ahmad Maher Firas First Trip

Hari ini umor AMF dah 26 hari...Hari ini AMF akan di bawa berjalan jauh...sebelum ni jalan2 dekat2 jer sebab nak pegi hospital...hari ini AMF akan pergi ke putrajaya...nak kerumah mak sedara kat sana...bukan saja2 nak pergi makan angin tapi kebetulan ayah AMF ada meeting kat sana jadi kami semua ikutla...boleh lepak2 dengan sepupu AMF kat sana...depa pun tak pernah lagi jumpa dengan AMF...sebenarnya kan sebab utama AMF pergi ke putrajaya ialah mommy AMF tu dah bosan tahap gaban dok memerap jer dalam rumah...rasa lambat bebenor nak cukup 44 hari tu....

Friday, December 24, 2010

Happy 16th Anniversary

Hari ini 25 disember 2010 merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan aku yang ke-16...happy anniversary to me....

Tuesday, December 21, 2010

syoknya cuti....

Hai semua...yuka muncul lagi dengan entry baru...kali ini yuka nak bercerita pasal cuti...ingat tak yuka penah buat entry pasal cuti bersalin 90 haritu tu? xper kalau tak ingat, yuka tak kecik hati pun...kalau nak ingat balik boleh tengok kat sini walaupun entry itu hanya beberapa ayat tapi ramai jugak pengunjung yang memberi komen untuk entry itu...
Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan kini aku sedang cuti bersalin...aku akur dengan dengan cuti 60 hari yang aku teima itu...tetapi seperti kata pepatah kalau dah rezeki tak kemana...baru2 ini aku dapat tahu cuti bersalin sebanyak 90 hari yang dikatakan akan berkuatkuasa tahun 2011 telah diubah kepada 15 oktober 2010... ini bermakna aku layak untuk ambil cuti 90 hari itu...syukur Alhamdulillah....Ini bermakna aku akan mula bekerja pada awal bulan Mac 2011...bestnya cuti panjang...
Kalau sesiapa yang nak cuti panjang macam yuka, cepat2la beranak..hik3

Friday, December 17, 2010

Hari ke-18

Diam tak diam harini dah 18 hari ahmad maher firas lahir ke dunia...aku pun dah semakin sihat..dah semakin x larat nak baring2 jer...nasib baik sekarang ni macam2 teknologi ada jadi tempoh berpantang tak la bosan sangat... aku boleh berinternet...boleh berblogging..boleh berFB dan macam2 lagi la....masa pantang anak pertama hingga yang ke-3 dulu tu..masa berpantang sangat membosankan...
Selain berinternet aku jugak rajin layan cerita2 kt tv...tp kan apa yg perhatikan kat tv banyak betul cerita indon...tengahari ada cerita 'cahaya', lepas tu 'safa dan marwah', lepas tu 'cinta dan anugerah' lepas tu 'cinta kirana'... semua tu aku tengok...
Selain dari sinetron indonesia tu aku layan gak cerita seruan pulau nami dan putera katak...hahaha ..bila lagikan nak bersenang lenang macam ni...

Semalam aku mula berurut...esok baru habis...selalunya orang berurut masa baru lepas bersalin tapi aku ni start lambat sikit...sebab masa awal2 dulu sibuk dengan baby kena jaundis tu..pastu aku la ralit dari sehari ke sehari kata nak tepon makcik tukang urut tu tapi aku tak tepon pun...cuma 2 hari lepas baru aku tepon makcik urut tu...nasib baik dia xder customer lain...maka boehla dia datang semalam...aku ingatkan makcik2..tup2 bila datang siap pakai jeans dengan blouse lagi...hhahaha makcik urut zaman sekarang...umor dia pun tua setahun jer dari aku...cuma body dia tu jer 2 kali saiz aku....

Hari ini lepas urut aku kakak tu cukur kepala baby firas tu...sekarang baby firas dah botak...nanti aku letak gambar botak dia kat sini...

Oklah yer tuan2 dan puan2 aku nak layan cerita safa dan arwah sat..bye

Tuesday, December 14, 2010

Ahmad Maher Firas In Da House

Salam semua...untuk entry kali ini kau dengan sukacita nak mengumumkan bahawa nama baby aku yang baru ialah Ahmad Maher Firas... Mesti korang ingat aku ni inat maher zain..sebab tu nama anak aku tu MAHER...no..no..no...itu tak betull...( baca ayat ni ikut style shila rosli dalam cerita donut)...sebenarnya aku bukan peminat maher zain tu..tp lagu2 dia aku suka jugakla... HB aku tu lagila...dia taktau pun ada penyanyi nama maher zain....haru sungguh..padahal nama maher zain meletup-letup sekarang ni...
Sebenarnya puas jgakla nak cari nama anak aku ni..tak seperti nama anak2 yang lain belum lahir lagi aku dah siap nama...mungkin aku masih mengharapkan berlaku keajaiban di saat2 akhir...mana tau kan tetiba kuar baby girl..walaupun 2-3 kali scan nampak sah2 baby tu boy...ternyata keajaiban itu tidak berlaku.... oklah berbalik kisah nama tadi...setelah puas mencari akhirnya aku berkenan dengan nama firas ( bermaksud yg cerdik/celik akal) untuk melengkapkan nama itu kau nak letak nama dia muhammad firas...kemudian..FIL aku mencadangkan nama ahmad maher...jadi untuk tidak menghampakan mana2 pihak nama tersebut digabungkan....itulah asal usul disebalik nama anak aku tu...

Saturday, December 11, 2010

kisah 30 November 2010...

Salam semua... entry kali ini aku nak bercerita tentang peristiwa yang berlaku pada 30 november 2010... Seperti yang aku dah cerita dalam entry sebelum ni, baby aku telah selamat dilahirkan pada 30hb jam 10.13 malam...sebaik sahaja aku kuar dari labour room aku mula la msng'sms' dan mms kawan2 rapat aku... tapi dalam ramai2 yang aku sms tu aku tertinggal sorang kawan aku tu...dulu aku dgn dia keja 1 ofis...memang kami sgt rapat..ketika aku mengandung anak ke-4 dia yang sering teman aku pergi klinik...dia jugak yang rekemen doktor untuk aku...aku pun heran cemana aku boleh lupa nak bagitau dia...
lebih kurang 5 hari selepas baby aku lahir, aku dpt sms dari kawan aku tu...sebaik sahaja nampak dia dia di skrin aku mula rasa bersalah... kemudian aku pun baca sms kawan aku tu...panjang jugak la sms tu...dia bertanya akudah bersalin ke belum...bila baca ayat seterusnya aku sangat terkejut apabila dia mengatakan suami beliau telah meninggal dunia pada 30 november...hari yang sama anak aku dilahirkan...
Aku terus menelefon kawan aku tu untuk mengetahui dengan lebih jelas...
Sesungguhnya keterlupaan aku tu ada hikmahnya...kalau aku sms dia pada hari anak aku dilahirkan mesti waktu itu dia tengah bersedih sebab kehilangan orang tersayang...sedangkan aku pulak sedang gembira kerana kehadiran orang baru...

Monday, December 6, 2010

Biar Gambar Bercerita...

Harini aku cuma upload gambar baby jer.. gambar2 tu ada yang diambil selepas beberapa minit dilahirkan...paling latest masaumor baby 3 hari...sebab lepas 3 hari baby aku dah masuk spital semual disebabkan jaundice...hingga entry ni dibuatpun baby masih kat spital...









Gambar pertama diambil selepas baby kuar ke dunia...

Sunday, December 5, 2010

Alhamdulillah...semua dah selamat.....

Salam semua disini yuka nak update secara ringkas sahaja sebab tenet kat rumah ni masih sengal2 mcm owner blog ni jugak...kang penat type panjang2 tp tak leh nak published pulak.... Berkat doa dari kawan2 semua akhirnya yuka selamat melahirkan baby boy pada 30/11/2010...tepat seperti tarikh yang diberikan oleh doktor... baby tersebut dilahirkan pada jam 10.13 mlm...berat 4 kg!!!
Sebaik sahaja yuka kuar dari labour room tu yuka mms gambar baby tu dekat cikmin kalau nak tengok pic baby boy yuka beberapa minit selepas dilahirkan bolehla tengok kat situ...sebab buat masa ini yuka belum berkesempatan nak upload pic baby kat blog....
Sekian...wassalam....